Apa itu Mirrorkote Sticker?

Mirrorkote sticker merupakan satu jenis material sticker yang paling popular. Jenis sticker ini sering menjadi pilihan pengguna kerana kualiti, mudah diperolehi dan harga yang paling murah dikalangan jenis material sticker yang lain.

Adakah Mirrorkote Sticker sesuai untuk produk?

Ya, sekiranya dari aspek penjimatan kos, Sticker Mirrorkote adalah pilihan yang tepat.
Sticker Mirrorcoat sering menjadi pilihan pengusaha produk seperti;

  • kek dan biskut
  • kerepek
  • pomade
  • kuih raya
  • coklat & brownies
  • pelbagai lagi produk lain

Apakah ciri-ciri utama Sticker Mirrorkote?

Antara ciri-ciri penting bagi sticker mirrorcoat ialah :

  • harga murah
  • mudah diperolehi
  • base kertas dan boleh dikoyak tetapi ditambah dengan coating untuk menjadikannya licin
  • material sticker boleh ditulis menggunakan ballpen
  • water resistant (boleh kena air, tetapi tidak boleh direndam)

Bolehkah sticker mirrorcoat kalis air?

Sticker mirrorcoat yang basic adalah water-resistant, Akan tetapi, sticker ini boleh ditambah lapisan laminate selepas dicetak bagi menjadikan ianya waterproof.

Adakah gam sticker mirrorcoat ini kuat?

Terdapat beberapa jenis sticker mirrorkote, lazimnya hanya dua jenis diguna pakai untuk pasaran Malaysia.

Jenis Sticker Mirrorcoat Kuning

Sticker mirrorcoat jenis Backsheet Kuning (lapisan kertas belakang berwarna kuning) biasanya menggunakan gam yang kurang berkualiti. Lekatan biasanya tidak tahan lama dan mudah terkopek atau melentik ditepi.

Jenis Sticker Mirrorcoat Putih

Manakala Sticker mirrorcoat jenis Backsheet Putih (lapisan kertas belakang berwarna putih) biasanya menggunakan gam yang lebih berkualiti, lebih kuat dan tiada masalah seperti tertanggal atau melentik di keliling. Kami di Zeeprint hanya menggunakan jenis Sticker Mirrorcoat White Backsheet yang berjenama Avery Fasson bagi memastikan pelanggan menerima barangan yang berkualiti.

Bolehkah Sticker Mirrorcoat diletak di dalam peti sejuk?

Boleh sekiranya sticker ditampal pada waktu bekas itu kering. Ia tidak rosak sekiranya sentiasa berada di dalam peti sejuk. Akan tetapi, oleh kerana ciri-ciri sticker ini bukan waterproof, sticker akan rosak sekiranya sering dibawa keluar masuk ke peti sejuk.

Adakah cetakan pada sticker akan luntur bila terkena air?

Tidak! Cetakan pada sticker mirrorkote menggunakan teknik cetakan digital menggunakan toner yang berkualiti tinggi. Cetakan tidak boleh dikikis dan juga tidak akan luntur sekiranya terkena pada air biasa.

Content Protection by DMCA.com

Leave a Reply

error: Content is protected !!